Saturday, March 14, 2009

Sejarah Kadet Remaja Sekolah

(dari kanan : Mejar KRS Ustaz Ahmad Farazilla . Mejar KRS Anuar. Allahyarham Mejar KRS Muhammad Thani )



Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh MuhaAllahyarham Mejar KRS Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utamanya penubuhan ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang "BERILMU BERIMAN BERAMAL" berakhlak mulia. bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.



Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan (JPIW). Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AD DEEN) Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah SMK Taman Tun Dr Ismail (SMK TTDI) dibawah pimpinan Mejar KRS Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani. SMK Sri Titiwangsa (SMK STW) dibawah pimpinan Mejar KRS Anuar Bin Abdul Ghani dan SMA Ma'ahad Hamidiah Kajang Selangor dibawah pimpinan Mejar KRS Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993 sebanyak 53 buah sekolah menengah diseluruh malaysia telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah dimulakan pda 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia (YB) Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 13 September 1993. Didalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERI-PUTERI ISLAM MALAYSIA (KPPIM). Walaupun bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).



Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia (YB) Tan Sri Datuk Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ditukarkan kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelaja lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Menteri Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah (SMRA) Jalan Kepong Kuala Lumpur.




No comments:

Post a Comment