Salammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli KRS seluruh Malaysia terutamanya di dalam Daerah Petaling Utama.
Tujuan saya menghasilkan blog ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai Kadet Remaja Sekolah (KRS) diseluruh Malaysia memandangkan ramai diantara ahli KRS gagal menyelaraskan kurikulum KRS dengan sempurna dan telah lari dari landasan sebenar.
Kebanyakan sekolah dan panel jurulatih KRS hanya memandang kepada satu aspek sahaja iaitu kawat kaki. Jika seseorang kadet itu pandai dan hebat berkawat maka ia merupakan yang terbaik didalam KRS. Selama pengalaman saya selaku Jurulatih KRS kebanyakan ahli KRS hanya fokus kepada faktor kawat kaki semata-mata atas tujuan untuk menang didalam pertandingan kawat kaki diperingkat sekolah.
Bagi saya itu bukan fokus utama KRS. Kebanyakan ahli KRS yang menghadiri kursus-kursus atau perkhemahan mereka tidak tahu mengenai perlembagaan KRS temasuklah sejarah KRS. Ilmu simpulan dan ikatan serta ikhtiar hidup dan kemahiran membaca peta dan kompas.
Saya harap dengan adanya blog ini semu pihak boleh menyumbangkan pengalaman serta melaporkan masalah-masalah kepada blog ini dan sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli KRS di seluruh Malaysia. Insyallah
Daripada
Jurulatih KRS PU
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum, Saya ialah seorang ahli KRS, di daerah Petaling Perdana, ini blog saya, alialoneworld.blogspot.com harap Tuan boleh membantu saya
ReplyDelete